Tikam pelancong Britain, seorang lagi diberkas polis - Utusan Malaysia

Tikam pelancong Britain, seorang lagi diberkas polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 20 Mei – Seorang lagi lelaki tempatan berusia 30 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan kes pergaduhan di Jalan Penang di sini pagi semalam yang mengakibatkan seorang pelancong Britain parah ditikam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, lelaki berkenaan ditahan di sekitar negeri ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, sejurus selepas kejadian kira-kira pukul 4 pagi semalam, polis menahan seorang lelaki berusia 38 tahun serta merampas sebilah pisau pemotong kertas yang dipercayai digunakan untuk menikam leher mangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Polis juga telah mengenal pasti dua lagi suspek yang dipercayai terlibat dan kini sedang memburu mereka,” katanya, di sini hari ini.

Berhubung keadaan mangsa, Anuar memberitahu, lelaki berkenaan yang dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) masih tidak sedarkan diri selepas menjalani pembedahan petang semalam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN