Tiga pemain muda bakal pikul tugas perseorangan negara - Misbun - Utusan Malaysia

Tiga pemain muda bakal pikul tugas perseorangan negara – Misbun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK – Ketua jurulatih perseorangan negara, Datuk Misbun Sidek menjangkakan masa depan perseorangan Malaysia akan dipikul pemain muda seperti Lee Zii Jia, Leong Jun Hao dan Tan Jia Wei.

Beliau berkata, ketiga-tiga pemain muda berkenaan bakal menggalas cabaran negara dalam acara perseorangan pada beberapa kejohanan berpasukan akan datang termasuk pada Piala Thomas 2020.

“Inilah pemain junior yang boleh digilap kerana mereka mempunyai potensi dan juga boleh bergabung. Inilah (pemain) junior yang perlu kita pupuk dan bina,” katanya kepada pemberita di hotel penginapan pasukan Piala Thomas Malaysia di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Misbun berkata demikian susulan kekalahan 1-3 pasukan negara di tangan Indonesia pada perlawanan suku akhir Piala Thomas semalam.

Beliau berkata, jika diberikan bimbingan dan pendedahan yang sepatutnya, barisan pemain muda itu akan menggalas peranan selaku pemain perseorangan negara pada saingan Piala Thomas dua tahun akan datang.
 
Misbun berkata, pemain-pemain muda berkenaan akan membawa cabaran sebagai pemain perseorangan negara selepas pengunduran Datuk Lee Chong Wei. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×