PETALING JAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan barisan awal tiga menteri kanan Kabinet Pakatan Harapan (PH) yang masing-masing akan menerajui Kementerian Kewangan, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri semalam. Beliau melantik Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, 58, sebagai Menteri Kewangan; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu, 64, sebagai Menteri Pertahanan manakala Presiden Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, 71, sebagai Menteri Dalam…










