HONG KONG – Ratusan penduduk terpaksa dipindahkan semalam susulan penemuan sebutir bom Perang Dunia Kedua seberat 450 kilogram buatan Amerika Syarikat di sebuah tapak pembinaan lama di sini, menurut polis. Pihak berkuasa menutup laluan dan memindahkan seramai 1,200 orang daripada pejabat, restoran serta premis perniagaan di daerah Wanchai pada ketika skuad pemusnah mengeluarkan sebelum mematikan bom berkenaan. Bom berusia lebih 70 tahun itu ditemui kelmarin. Ia merupakan model bom sama…










