Tidak perlu diadakan Pilihan Raya Negeri - ADUN Beseri - Utusan Malaysia

Tidak perlu diadakan Pilihan Raya Negeri – ADUN Beseri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR – Seorang lagi daripada sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) yang tidak hadir pada Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Perlis baru-baru berharap kemelut politik negeri itu akan berakhir tidak lama lagi.

ADUN Beseri, Ruzaini Rais ketika ditemui merasmikan Majlis Penutup Kursus Asas Pengendalian Makanan anjuran Majlis Perbandaran Kangar menyatakan pilihan raya negeri (PRN) juga tidak perlu diadakan di negeri berkenaan.

“Saya menjunjung titah Tuanku (Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail) berhubung pelantikan Azlan Man sebagai Menteri Besar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya menjangkakan sengketa ini akan cepat berakhir dan tidak memerlukan sehingga diadakan pilihan raya negeri.

“Tiada alasan perlu diadakan PRN kerana BN menang majoriti di Perlis. Apa sahaja keputusan saya akan akur,” katanya di sini hari ini.

Ruzaini memberitahu, beliau baharu sahaja pulang dari Kuala Lumpur malam semalam.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, BN menang 10 daripada Dewan Undangan Negeri di Perlis.

Kosmo! hari ini melaporkan, ADUN Kayang, Hamizan Hassan hadir pada taklimat Persidangan UMNO dan Perasmian Berkelompok Persidangan Cawangan dan Sayap UMNO Bahagian Kangar semalam.

Sembilan ADUN BN itu tidak hadir pada majlis lantikan MB kerana mendakwa bahawa pelantikan itu tidak mendapat sokongan majoriti anggota DUN berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini