Tiada kenaikan harga barang dilaporkan berlaku di bazar Ramadan di Sarawak  - Utusan Malaysia

Tiada kenaikan harga barang dilaporkan berlaku di bazar Ramadan di Sarawak 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING – Tiada sebarang kenaikan harga barang termasuk juadah berbuka puasa dilaporkan berlaku di semua bazar Ramadan di negeri ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak, Md. Nawawi Ab. Rahman berkata, harga yang ditawarkan kepada pembeli masih sama sejak mula beroperasi sehingga hari ini. 

“Setiap hari, KPDNKK memantau 238 jenis barangan melibatkan bahan kering dan basah.

“Setakat ini, hanya ada 83 kategori barang basah mengalami kenaikan harga manakala baki 111 lagi turun,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan pemeriksaan harga barang makann di Bazar Ramadan Kota Sentosa di sini hari ini.

Tambah beliau, setakat ini sebanyak 2,965 premis di bazar Ramadan telah diperiksa, namun tiada sebarang aduan dan kes dilaporkan sejak 17 Mei lalu. – K! ONLINE 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini