TFC1 tumpaskan Melaka United 1-0 di laman sendiri - Utusan Malaysia

TFC1 tumpaskan Melaka United 1-0 di laman sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Terengganu Football Club I (TFC I) memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri selepas menundukkan Melaka United 1-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini sebentar tadi. 

Dalam perlawanan itu, kedua-dua pasukan dilihat saling berbalas asakan antara satu sama lain namun kekal terikat tanpa jaringan sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, TFC I hampir memperolehi jaringan pada minit ke-53 menerusi percubaan Bruno Junichi Suzuki namun rembatannya tersasar ke kanan gawang lawan. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Peluang keemasan skuad Penyu tiba pada minit ke-60 apabila pemain gantian, Mohamad Ashari Samsudin menjaringkan gol tunggal buat TFC I selepas tujuh minit dimasukkan bagi menggantikan Abdul Malik Mat Ariff. 

Tidak mudah berputus asa, Melaka United terus mengasak gawang tuan rumah namun masih gagal mencari jaringan berikutan keampuhan penjaga gol, Wan Muhammad Azraie Wan Teh. 

Keputusan 1-0 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan pengadil perlawanan, Nagor Amir Noor Mohamed bagi membolehkan skuad Penyu mengutip tiga mata penuh sekali gus melonjakkan kedudukan ke tangga ketiga carta dengan kutipan 21 mata. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini