KUALA TERENGGANU – Skuad Terengganu Football Club I (TFC I) meneruskan momentum kemenangan apabila menumpaskan Perak 2-0 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini sebentar tadi. Kemenangan itu juga membolehkan TFC I menebus kekalahan 2-3 kepada skuad sama pada pusingan pertama liga di gelanggang lawan baru-baru ini. Penyerang sensasi skuad Penyu, Tchetche Kipre muncul wira selepas meledak kedua-dua gol pada minit ke-27 dan 51. Ketajaman…










