Tan Sri Elyas Omar meninggal dunia - Utusan Malaysia

Tan Sri Elyas Omar meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Dunia sukan negara kehilangan seorang lagi tokoh apabila Tan Sri Elyas Omar meninggal dunia petang tadi akibat daripada pelbagai komplikasi penyakit.

Elyas, 82, menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 7.15 petang di Institut Jantung Negara (IJN) dan perkara itu disahkan sendiri oleh ahli keluarga terdekat Allahyarham, Syahril A. Kadir.

“Sudah lama Allahyarham menghidapi pelbagai penyakit. Sebelum ini pun Allahyarham kerap keluar masuk ke IJN. 

“Insya-Allah, jenazah akan dikebumikan pada pagi esok di Ampang Jaya,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Elyas merupakan tokoh sukan negara yang cukup disegani kerana beliau telah mengecapi pelbagai kejayaan ketika menjadi Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dari 1985 hingga 1993.

Antara kejayaan Allahyarham adalah membawa pasukan badminton negara menjuarai Piala Thomas pada 1992 selain menduduki tempat ketiga pada 1986 dan naib juara sebanyak dua kali pada 1988 dan 1990.

Sementara itu bagi pemain legenda badminton negara, Rashid Sidek berkata, terlalu banyak kenangannya bersama Allahyarham sepanjang berada di bawah pimpinannya selama ini. – K! ONLINE

“Saya berasa terkejut dan sedih sebaik sahaja menerima berita mengenai pemergian Allahyarham. 

“Pelbagai pembaharuan yang telah beliau lakukan khususnya dalam sukan badminton negara dan kita boleh nampak dengan jelas kita berjaya melangkah ke pentas akhir Piala Thomas dua kali berturut-turut sebelum memenanginya pada 1992.

“Beliau seorang yang mengambil berat terhadap kebajikan pemain dan beliau melayan pemain seperti anak-anak beliau sendiri,” jelasnya.

Selain itu juga, Allahyarham turut mempunyai minat mendalam terhadap sukan bola sepak apabila membantu Kuala Lumpur muncul juara Piala Malaysia tiga kali berturut-turut bermula 1987 ketika menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) bermula 1984.

Allahyarham turut dilantik sebagai Pesuruhjaya Sukan Malaysia selepas dilantik oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman Said pada 5 Januari 2005 dan Allahyarham juga merupakan bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur pada 1981 hingga 1992.

habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×