Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah diarah Perdana Menteri untuk menyiasat kontrak bekalan baja sebatian tambahan padi (Baja 3) kepada pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) selepas pesawah melaporkan tentang kelewatan penerimaan baja berkenaan.
Ada pesawah mendakwa akibat kelewatan itu mereka perlu mengeluarkan wang sendiri untuk membeli baja tambahan yang diperlukan demi memastikan tanaman mereka mengeluarkan hasil yang diharapkan.
Walaupun akhirnya sebahagian pesawah menerima bekalan baja berkenaan tetapi ia sudah terlewat kerana kebanyakan padi sudah sedia untuk dituai sedangkan baja tambahan itu sepatutnya digunakan semasa pokok padi berusia antara 40 sehingga 60 hari.
Tempoh tersebut sangat kritikal kepada padi kerana pembentukan tangkai dan isi padi yang terjejas tanpa baja berpotensi mengurangkan hasil tuaian keseluruhan.
Kelewatan itu juga bermakna peruntukan RM2.62 bilion untuk pelbagai subsidi dan insentif untuk pesawah tahun ini menjadi sia-sia kerana hasil tuaian tidak mencapai unjuran sekali gus menggagalkan sasaran tahap sara diri (SSR) negara sebanyak 80 peratus menjelang 2030.
Tetapi isu kelewatan baja ini bukanlah perkara baharu dan sesuatu yang mengejutkan. Malah, seawal bulan Januari lalu, isu ini sudah dibangkitkan di Parlimen sebagai satu peringatan kepada agensi terlibat tetapi ia berlaku juga. Masalah baja ini sebenar sudah berlaku sejak lebih 10 tahun lalu tetapi tidak pernah selesai.
Berdasarkan laporan media, pada tahun 2019, kira-kira 68,000 pesawah dalam kawasan MADA di Kedah dan Perlis mengadu tidak menerima bekalan baja untuk musim pertama tahun tersebut iaitu sekitar bulan Februari dan Mac. Sehingga masuk ke suku terakhir tahun tersebut masalah itu masih tidak selesai.
Masalah yang hampir sama juga berlaku di jelapang di Selangor yang dilaporkan berpunca daripada kelewatan Kementerian Kewangan untuk menyambung kontrak pembekalan.
Menurut laporan Ketua Audit Negara 2021-2022, kelewatan pengagihan baja yang direkodkan di kawasan MADA merangkumi semua jenis dan peringkat adalah antara enam sehingga 155 hari atau lebih lima bulan.
Jika satu musim penuh penanaman padi dari membajak sehingga menuai mengambil masa antara tiga setengah sehingga empat bulan, bermakna kelewatan itu sudah melangkaui satu musim tanaman padi. Kalau kita pesawah, kita pun akan marah. Apakah agensi-agensi yang terlibat dalam urusan bekalan dan agihan ini tiada Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang wajib dipatuhi?
Justeru, apabila Perdana Menteri arahkan supaya SPRM ‘masuk’, kita harap akhirnya kita temui penyelesaian kepada isu baja ini. Lebih baik jika SPRM luaskan skop dengan turut menyiasat isu kelewatan benih yang pernah dilaporkan sebelum ini supaya kedua-dua isu yang saling berkait rapat ini dinoktahkan.
Sama ada isu ini ada kaitan dengan penyelewengan atau isu kegagalan rantaian pembekalan, diharap siasatan ini mampu memberikan jawapan.
Ismail Daud adalah Pengarang Utusan/Mingguan Malaysia
Siasatan SPRM perlu noktahkan isu baja subsidi

Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved