Taiwan usir pesawat pengebom China - Utusan Malaysia

Taiwan usir pesawat pengebom China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPEI 25 Mei – Taiwan mengarahkan pesawat pejuang untuk mengusir pesawat pengebom China yang menjalankan latihan ketenteraan di sekitar pulau berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kementerian Pertahanan berkata mereka telah mengarahkan pesawat pejuang bagi meninjau dua pesawat pengebom H-6 milik China yang terbang di sekitar Terusan Bashi, selatan Taiwan dan Selat Miyako, berdekatan Pulau Okinawa di Jepun.

“Kami memantau sepenuhnya situasi tersebut dan mengambil langkah segera yang efisien untuk memastikan keselamatan pertahanan,” menurut kementerian terbabit dalam satu kenyataan dikeluarkan.

Pengusiran itu berlaku sehari selepas bekas sekutu rapat Taiwan, Burkina Faso memilih untuk memihak kepada China.

Walaupun masih tidak jelas sama ada Burkina Faso akan menjalinkan hubungan antarabangsa dengan China, namun Beijing menyambut baik langkah diambil oleh negara itu.

China sebelum ini telah meningkatkan tekanan diplomatik dan ketenteraan terhadap Taiwan kerana Taipei dilihat berdegil untuk keluar dari ‘jajahan’ Beijing.

Hubungan antara Beijing dan Taipei semakin meruncing semenjak Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen memegang tampuk pemerintahan sejak dua tahun lalu dan enggan mengiktiraf negara ini sebagai sebahagian daripada China.

Keengganan Ing-wen itu dilihat menyebabkan Taiwan kehilangan tiga sekutunya kepada China iaitu Republik Dominika, Panama serta Sao Tome dan Principe sejak 2016. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN