Tagline Pintar, Hijau, Bersih ganti Berkat, Tepat, Cepat - Utusan Malaysia

Tagline Pintar, Hijau, Bersih ganti Berkat, Tepat, Cepat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Kerajaan negeri yang diterajui Pakatan Harapan (PH) memutuskan tagline baharu iaitu Pintar, Hijau, Bersih akan diguna pakai bagi menggantikan Berkat, Tepat, Cepat.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, keputusan memilih tagline baharu itu dicapai dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri kali kedua di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

“Kita sudah mencapai hasil muafakat dalam mesyuarat dan antara ketetapan yang diperolehi adalah penggunaan tagline Melaka yang lama Berkat, Tepat, Cepat akan ditukar kepada Pintar, Hijau, Bersih,” katanya pada sidang akhbar di Seri Negeri hari ini.

Pada minggu lalu, Adly mengumumkan slogan Don’t Mess With Melaka yang dipromosikan oleh bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron pada 2013 untuk kempen kebersihan digantikan dengan ‘Melaka Berwibawa’ yang merupakan tema Manifesto PH iaitu `Melaka Berwibawa, Harapan Rakyat’ yang mengandungi 205 tawaran bagi tempoh lima tahun.

Adly menjelaskan, slogan ‘Melaka Berwibawa’ tersebut adalah gambaran menyeluruh dalam pelbagai aspek, bukannya setakat kebersihan persekitaran semata-mata tetapi merangkumi urus tadbir yang bersih, telus dan amanah.- K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN