SEREMBAN 30 Mei – Seramai 30 kanak-kanak dari Yayasan Kasih Sayang, Kuala Pilah hari ini dibawa membeli-belah dan berbuka puasa anjuran SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM), di sini hari ini. Pengurus SWM Wilayah Melaka dan Negeri Sembilan, Dr. Al’Ashari Othman berkata, pada program SWM Kasih Santun Ramadan itu, syarikat tersebut membelikan pakaian dan keperluan hari raya untuk kanak-kanak tersebut. Ujarnya, dengan cara itu, anak-anak yatim, asnaf dan saudara baharu itu…










