Sultanah raikan golongan asnaf - Utusan Malaysia

Sultanah raikan golongan asnaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 30 Mei – Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenan mengurniakan sumbangan Aidilfitri Yayasan Tuanku Nur Zahirah (YTNZ) 2018 kepada kepada 350 asnaf serta penenun songket hari ini.

Baginda yang turut diiringi anakanda Nur Nadhirah Zahrah Sultan Mizan Zainal Abidin dan isteri Menteri Besar, Tuan Faizah Tuan Abul Rahmad menyempurnakan upacara itu di  Istana Syarqiyyah Cendering dekat sini.

Tradisi menyampaikan sumbangan wang tunai dan hamper keperluan harian itu bertujuan meringankan beban dan menambahkan keriangan menyambut Aidilfitri.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YTNZ , Datuk Ridzuan Radziwil memberitahu, tahun ini adalah tahun ketiga program ini diadakan,dan jumlah menerimanya akan cuba ditingkatkan kelak.

“Pada tahun ini YTNZ mempunyai kedudukan kewangan yang lebih baik hasil daripada sumbangan beberapa badan korporat dan jualan songket penenun YTNZ,” katanya kepada pemberita.

YTNZ ditubuhkan pada tahunk 2007 di bawah naungan Tuanku Nur Zahirah yang bermatlamat memulihara dan menyuburkan seri warisan (songket) serta memperbaiki taraf hidup pekerja seni kerja tangan itu. 

“Selain menyediakan peluang pekerjaan, YTNZ juga membantu dari segi kewangan dengan membeli hasil tenunan penenun di negeri ini.

“Justeru dengan hasil dan sumbangan yang diperoleh ini, pihak kami berharap dapat meneruskan tradisi ini pada tahun-tahun akan datang,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN