KUALA LUMPUR 16 Mei – Presiden MIC, Datuk Seri Dr S.Subramaniam mengumumkan beliau tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti yang dijadual Oktober ini. Keputusan tersebut adalah susulan kekalahan teruk parti komponen Barisan Nasional (BN) itu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang menyaksikan parti kaum India itu hanya memenangi dua daripada sembilan kerusi Parlimen yang ditandinginya. “Saya tidak akan bertanding tetapi berharap lebih ramai ahli dalam kalangan generasi muda…










