UMNO-Pas perlu bina politik percaya

UMNO-Pas perlu bina politik percaya

NURUL Amal Mohd. Fauzi ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.-UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dua parti politik Melayu terbesar iaitu UMNO dan Pas perlu bersama membina naratif politik kepercayaan bagi memperkukuh kekuatan serta menjamin keyakinan terhadap rakyat.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd. Fauzi berkata, perkara itu selaras dengan kehendak masyarakat yang mengharapkan penyatuan Melayu ketika ini.

“Saya nampak keserasian itu makin terjalin dan kita harap dua-dua parti ini, antara BN dan Pas ini, biarlah memberi gambaran kepada rakyat mengenai politik kepercayaan.Kita kena timbulkan politik kepercayaan ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Nurul Amal berkata, Puteri UMNO turut berpandangan suara dan kepentingan orang Melayu tidak boleh diketepikan dalam menentukan hala tuju politik negara.

Katanya, UMNO perlu kembali meyakinkan masyarakat Melayu bahawa parti itu masih menjadi wadah dan tempat untuk mereka menyandarkan harapan.

“Kita hanya memberi gambaran umum bahawa suara Melayu ini tak boleh kita abaikan. Biar orang Melayu merasakan UMNO dan ‘rumah’ mereka kembali,” katanya.

Mengulas mengenai keper­luan menentukan kerjasama politik lebih awal bagi memudahkan persediaan di pe­ringkat akar umbi, Nurul Amal bagaimanapun berpandangan, pengundi pada masa kini semakin matang dan bijak dalam menilai perkembangan politik.

Katanya, generasi pe­ngundi hari ini tidak lagi sama se­perti dahulu kerana mereka mempunyai akses luas kepada maklumat serta mampu membuat penilaian sendiri terhadap perkembangan dan percaturan politik.

“Saya rasa pengundi lebih celik dan pintar daripada ahli politik. Rakyat semakin bijak dan tak perlu pun orang politik hendak beritahu semua. Mereka lebih pandai dan lebih memahami situasi politik negara melalui media sosial.

“Itulah bezanya dengan ge­nerasi dahulu. Generasi sekarang ini lebih celik dan pandai,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×