SPRM siasat rasuah sepanjang PRU-14 - Utusan Malaysia

SPRM siasat rasuah sepanjang PRU-14

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa menerima laporan berkaitan rasuah sepanjang musim Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan siasatan lanjut akan dilakukan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya menerima banyak aduan mengenai kegiatan itu di seluruh negara termasuk laporan yang mendakwa ada pihak menerima rasuah semasa kempen PRU-14.

“Ada laporan yang betul dan salah (rasuah semasa PRU-14), malah ada laporan tersebut datang bersama gambar dan video.

“SPRM memberi jaminan akan menyiasat semua dakwaan ini dan melihat gambar serta video yang disertakan. Banyak visual yang menunjukkan orang menerima sampul surat, jadi kita perlu dapatkan keterangan dan menyiasat penerima,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Azam, SPRM akan menjalankan siasatan termasuk mengenal pasti lokasi, suspek dan penerima bagi kegiatan rasuah yang didakwa berlaku itu.

Azam berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang memberitahu, SPRM dilihat tidak mempedulikan kegiatan rasuah yang berlaku secara berleluasa sepanjang pilihan raya kali ini.

Dr. Mahathir dalam satu sidang akhbar berkata, beliau tidak menolak kemungkinan SPRM akan diteliti semula fungsi dan peranannya dalam membanteras rasuah. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×