KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai melakukan pemeriksaan di kediaman bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman di Luyang di sini pada Rabu lalu. Menurut sumber, serbuan dilakukan tanpa kehadiran Musa dan keluarga terdekat Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu. Difahamkan beberapa fail turut dirampas bagi membantu siasatan namun, sumber enggan mendedahkan lebih lanjut. Terdahulu, SPRM melakukan serbuan di kediaman Datuk Dr. Jeffrey Kitingan dengan merampas…