KUALA LUMPUR 24 Mei – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini mengesan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan SPRM mengenai penipuan ejen insurans.
Memuatkan artikel berkaitan…
![]() |
|
Muhammad Nukman Mustapha
|
Menurut kenyataan SPRM, lelaki terbabit ialah Muhammad Nukman Mustapha, 35, yang beralamat terakhir di -32, Jalan Berlian, Taman Perwira, Gombak Setia, Gombak.
Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Noornabilah Mohd. Aziman di talian 03-88700457.-UTUSAN ONLINE










