KUALA LUMPUR 24 Mei – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini hadir ke Menara Tabung Haji di Jalan Tun Razak, di sini sebagai kesinambungan siasatan terhadap bekas Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim. Difahamkan, pegawai SPRM telah berjumpa dengan pihak atasan Lembaga Tabung Haji dipercayai bagi membantu siasatan. Usaha pihak media yang menunggu di pekarangan menara berkenaan sejak pagi gagal mengesan kehadiran pihak SPRM yang dipercayai memakai pakaian…










