ALOR SETAR 28 Mei – Pas Kedah mahu supaya isu pelantikan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) diselesaikan di peringkat parti-parti politik terlibat dan tidak hanya diputuskan menerusi perbincangan antara Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang semata-mata. Ahmad Fakhruddin Pesuruhjayanya, Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi berkata, pertemuan antara Mukhriz bersama ADUN pembangkang adalah tidak memadai dengan beliau mencadangkan supaya kepemimpinan tertinggi komponen Pakatan…










