Solat Isyak sebelum curi motosikal - Utusan Malaysia

Solat Isyak sebelum curi motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS 22 Mei – Seorang pemuda berusia 20-an sanggup menipu dengan menunaikan solat isyak berjemaah semata-mata mahu mencuri sebuah motosikal milik jemaah di Masjid Al-Hanan, Tendong di sini kelmarin.

Kehilangan motosikal jenis Honda Ex-5 itu diketahui selepas pemiliknya memaklumkan kejadian itu kepada ahli jawatankuasa masjid.

Setiausaha masjid, Ab. Razak Ahmad berkata, sebaik sahaja mengetahui kejadian itu, pihaknya terus memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di masjid berkenaan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati seorang pemuda yang memakai baju merah dan bersongkok telah turun dari masjid sejurus menunaikan solat Isyak.

“Pemuda itu kemudiannya telah mencungkil kunci sebuah motosikal dan cuba membawa larinya namun gagal selepas kenderaan itu mati secara tiba-tiba.

“Kejadian itu berlaku sekitar pukul 9.05 malam ketika para jemaah sedang bersiap-sedia untuk menunaikan solat sunat tarawih,” katanya di sini hari ini.

Ab. Razak memberitahu, selepas usaha pertama itu gagal, suspek kemudian telah ke kawasan belakang masjid untuk mencuri sebuah lagi motosikal.

Katanya, suspek berjaya melarikan sebuah motosikal jenis Honda Ex-5 milik seorang jemaah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN