IMPIAN memiliki cahaya mata pastinya disimpan kemas dalam hati setiap pasangan yang berkahwin. Namun rezeki semuanya pada tangan Yang Maha Esa, siapa kita untuk menentukan detik menerimanya. Tiga tahun mendirikan rumah tangga tanpa kehadiran cahaya mata, pengacara popular, Sarimah Ibrahim sentiasa percaya dan terus menanam sifat bersangka baik terhadap setiap perancangan-Nya. Mendedahkan pernah mendapat nasihat daripada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berhubung rawatan moden, Sarimah bagaimanapun tidak…










