PUTRAJAYA 31 Mei-Sistem pendidikan baharu perlu berpaksikan kepada teknologi terkini selain mampu memperkukuhkan penguasaan bahasa Inggeris tanpa meminggirkan bahasa ibunda. Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, sistem itu selari dengan hasrat Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mahu mencapai status negara maju dengan memantapkan sistem pendidikan negara. “Saya cuba mewujudkan budaya pendidikan yang bersandarkan kepada tiga elemen iaitu kegembiraan, kasih sayang dan hormat-menghormati. Elemen itu penting dalam meningkatkan martabat ilmu ke arah lebih tinggi. “Justeru, saya mengharapkan kerjasama yang erat dan jitu selain memohon bantuan dalam menjayakan matlamat ini,”katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya