Sifar GST: PPDNKK Selangor rekod harga barang - Utusan Malaysia

Sifar GST: PPDNKK Selangor rekod harga barang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 29 Mei – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Selangor melakukan lebih 500 pemeriksaan ke atas premis perniagaan di negeri ini bagi merekodkan harga barang menjelang pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada kadar kosong peratus bermula 1 Jun ini.

Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Azman Adam berkata, pemeriksaan dalam Op Catut 4.0 itu yang bermula sejak 25 Mei lalu melibatkan semua premis perniagaan seperti pasar raya, restoran, kedai runcit, pasar basah, pemborong dan pengilang.

Menurutnya, PPDNKK Selangor turut menyasarkan untuk memeriksa lebih 1,000 premis perniagaan dalam operasi itu yang akan berakhir pada 31 Mei ini.

“Dalam operasi ini, anggota kita akan mengambil data harga barang yang dijual sebelum 1 Jun ini bagi memastikan pematuhan pelaksanaan kadar kosong peratus GST pada bulan depan.

“Keutamaan kita ialah premis perniagaan yang berdaftar dan kita akan kesan serta dapatkan senarai premis-premis ini sebanyak mungkin untuk diperiksa,” katanya kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan di pasar raya Checkers di sini.

Azman memberitahu, pemeriksaan ke atas premis perniagaan juga dibuat bagi memastikan bekalan makanan mencukupi dan harga yang ditawarkan peniaga berpatutan menjelang perayaan Aidilfitri.

“Pemeriksaan ini juga sebagai persiapan menjelang Aidilfitri dan setakat ini didapati bekalan mencukupi, tiada pembelian panik, harga barang masih berpatutan termasuklah harga sayur dan ikan.

“Ayam masih pada harga munasabah, begitu juga dengan barangan untuk membuat kuih dan biskut raya. Tepung gandum dan minyak masak juga tidak ada masalah,” ujarnya.

Azman dalam pada itu berharap orang ramai berbelanja de­ngan berhemah dan bijak membuat pilihan kerana banyak pasar raya mengadakan promosi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN