SHAH ALAM 29 Mei – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Selangor melakukan lebih 500 pemeriksaan ke atas premis perniagaan di negeri ini bagi merekodkan harga barang menjelang pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada kadar kosong peratus bermula 1 Jun ini. Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Azman Adam berkata, pemeriksaan dalam Op Catut 4.0 itu yang bermula sejak 25 Mei lalu melibatkan semua premis perniagaan seperti pasar raya, restoran,…











