GENEVA – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyuarakan kebimbangannya dengan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, membatalkan Sidang Kemuncak Korea Utara-Amerika Syarikat, lapor agensi berita Xinhua. Beliau menggesa kedua-dua pihak untuk meneruskan perbincangan demi “mencari penyelesaian damai dan mewujudkan Semenanjung Korea yang bebas senjata nuklear”. “Kita kini hidup pada saat berbahaya. Ketegangan akibat perang dingin muncul kembali terhadap dunia yang semakin kompleks,” katanya ketika berucap di Universiti…









