Siapa Timbalan Perdana Menteri, Wan Azizah atau Anwar? - Utusan Malaysia

Siapa Timbalan Perdana Menteri, Wan Azizah atau Anwar?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAYA berasa amat janggal apabila media arus perdana termasuk media sosial kerap memberi tumpuan kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam apa sahaja program yang beliau hadiri.

WAN AZIZAH WAN ISMAIL

Malah penampilan beliau juga pada saya, menenggelamkan imej Timbalan Perdana Menteri (TPM) , Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Memang benarlah mereka ini pasangan suami isteri tetapi biarlah imej TPM diutamakan kerana jawatan itu merujuk kepada pemimpin nombor dua negara. Pada masa sama, jika Anwar dikatakan sebagai ‘Prime Minister in-waiting’ sekalipun, biarlah beliau menunggu ketika yang sesuai untuk menonjolkan dirinya.

Ketika Wan Azizah memperjuangkan isu wanita khususnya membabitkan soal gender, suami beliau pula kerap kali ‘overshadow’ kehadirannya.

Mungkin TPM perlu mendapatkan khidmat perunding imej supaya kehadiran beliau lebih menonjol dan bukan sentiasa dibayangi suami atau anaknya.

Apa yang saya katakan ini boleh disifatkan sebagai sesuatu yang remeh tetapi bagi seorang ahli politik, ia adalah perkara besar.

Ini kerana apabila tiba masanya, beliau perlu dikenang dengan apa yang dilakukan semasa memegang jawatan TPM dan Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat dan bukan hanya dirujuk sebagai isteri kepada seseorang.

 

RAKYAT AKAR UMBI

Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN