Siapa pantau harga barang sepanjang Ramadan? - Utusan Malaysia

Siapa pantau harga barang sepanjang Ramadan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DALAM keghairahan berpolitik tanpa henti, nampaknya tiada siapa yang memantau harga barang yang berterusan meningkat khususnya barang basah dan makanan di bazar Ramadan.

Menteri dan kementerian berwajib sibuk dengan 1MDB tetapi rakyat yang pening melihat harga sesuap nasi. Seperti biasa, harga makanan dan minuman di bazar Ramadan wajib naik saban tahun.

Melihatkan harga air pun naik atau plastik dikecilkan, saya meneruskan boikot walaupun mengejar masa pulang memasak di rumah. Sekalipun gaji melebihi RM3,000 sebulan, saya tidak mahu membazir sedangkan pihak berwajib pun tidak mengambil apa-apa tindakan.

Jika trend ini dibiar berterusan, saya berani jamin arahan cukai barang dan perkhidmatan (GST) ‘0’ peratus bermula 1 Jun ini juga tiada maknanya dan harga barang basah dan makanan akan terus dinaikkan peniaga sekalipun semua itu tidak dikenakan caj GST.

Saya harap ada ahli akademik mahupun orang ramai sendiri merekodkan harga barang sebelum dan selepas pelaksanaan GST ‘0’ peratus ini untuk tunjukkan sifat sebenar peniaga di negara ini.

MISKIN BANDAR

Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN