KUALA LUMPUR 25 Mei – Penasihat DAP, Lim Kit Siang mempertikaikan UMNO yang tidak mempunyai senarai inventori untuk diserahkan kepada pihak berkuasa bagi mendapatkan semula wang rampasan polis yang didakwa milik parti itu yang digunakan untuk kempen dan dana parti pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
![]() |
|
KIT SIANG
|
Beliau yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri berkata, senarai inventori itu sepatutnya menyatakan jumlah sumbangan dari pelbagai individu dan penderma-penderma yang disahkan.
Beliau berkata, jika UMNO tidak menyerahkan senarai inventori berkenaan, parti itu tidak boleh mendakwa wang berkenaan merupakan milik parti itu.
“Jika UMNO tidak menyerahkan inventori tersebut, jadi, apa asas UMNO untuk menuntut wang rampasan polis itu yang didakwa merupakan wang derma kepada UMNO untuk PRU-14?,” soalnya dalam catatan blognya, di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE












