Seorang daripada sembilan ADUN BN Perlis hadir taklimat bersama MB Perlis - Utusan Malaysia

Seorang daripada sembilan ADUN BN Perlis hadir taklimat bersama MB Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Seorang daripada sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) yang tidak hadir pada Majlis Pelantikan dan Angkat Sumpah Menteri Besar Perlis pada Khamis lepas, hari ini menghadiri taklimat bersama Datuk Seri Azlan Man di kediaman rasminya di sini.

azlan man
MB, Azlan Man 

ADUN Kayang, Hamizan Hassan difahamkan berada di Dewan Residensi di kediaman itu untuk taklimat Persidangan UMNO dan Perasmian Berkelompok Persidangan Cawangan serta Sayap UMNO Bahagian Kangar.

Ketika ditemui pemberita selepas taklimat itu, Hamizan berkata, beliau hadir pada taklimat hari ini atas kapasiti sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kangar dan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Menteri besar dan saya berada dalam satu bahagian dan tujuan perjumpaan hari ini adalah untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan pergerakan bahagian UMNO ,” katanya yang enggan mengulas lanjut.   

Bagaimanapun ditanya adakah kehadiran pada hari ini menunjukkan beliau menyokong pelantikan Azlan sebagai menteri besar, beliau berkata: “Saya menjunjung titah Tuanku (Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail),”.

Sembilan ADUN BN itu tidak hadir pada majlis pelantikan MB kerana mendakwa bahawa pelantikan tidak mendapat sokongan majoriti Ahli DUN berkenaan.

Mereka sebaliknya berada bersama Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim di Kuala Lumpur dan beliau kemudiannya pada sidang akhbar mengumumkan cadangan memecat keahlian Azlan dalam parti. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini