JOHOR BAHRU 13 Mei – Senarai 10 Exco kerajaan negeri yang baharu sudah dimuktamadkan dan akan dipersembahkan kepada Sultan Johor dalam masa terdekat.
Perkara itu diputuskan dalam satu mesyuarat Pakatan Harapan Johor
bersama-sama Menteri Besar yang Bahru, Datuk Osman Sapian yang berlangsung selama tiga jam bermula pukul 9 malam tadi.
Mesyuarat yang diadakan di Kuala Lumpur itu turut dihadiri Pengerusi Pakatan Harapan Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Pengerusi PAN Johor, Aminolhuda Hassan; Pengerusi PKR Johor, Hassan Karim dan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong.
Persetujuan yang dicapai untuk pengagihan kerusi Exco itu akan disembah maklum untuk mendapat perkenan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. – UTUSAN ONLINE









