Sempena Ramadan, Ezlynn Ariffin tampil imej bertudung - Utusan Malaysia

Sempena Ramadan, Ezlynn Ariffin tampil imej bertudung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Mei – Tampil sopan mengenakan jubah dan hijab ke majlis pelancaran produk kesihatan Limeshots, penyanyi Ezlynn Ariffin, 37, meminta jasa baik semua pihak mendoakan agar dia terus diberikan hidayah untuk istiqamah.

Sejak umat Islam mula berpuasa pada 1 Ramadan lalu, penyanyi Hye Hye Bye Bye itu bersama ibunya mengikuti kelas tadarus al-Quran demi mengejar ganjaran nikmat di bulan penuh mulia ini.

“Ini adalah kali pertama saya menyambut bulan puasa seorang diri setelah enam tahun mendirikan rumah tangga dan bercerai pada 23 Oktober 2017.

“Fasa kehidupan pasca perpisahan tanpa adanya suami di sisi ternyata memberi impak terhadap kestabilan emosi kerana selama ini dia setia menjadi pendamping saya,” akuinya yang dinikahi pengurusnya, Adam Fahmy Shamsuddin, 39, pada 20 November 2011.

Meskipun perit untuk dilalui, dia semakin reda dengan ujian Allah terhadapnya kerana tidak mahu dilihat lemah menangis sepanjang masa meratapinya.

“Sebab itulah saya memilih untuk mendekati agama daripada melakukan perkara yang sia-sia,” katanya.

Mengulas lanjut tentang perubahan imejnya, Ezlynn berharap berkat dan rahmat Ilahi di bulan Ramadan ini untuk menjentik pintu hatinya agar terbuka luas menerima hidayah Allah.

“Jujurnya, saya kenakan tudung hampir setiap hari ketika keluar rumah kerana pada belah malam, selepas waktu berbuka, saya dan ibu terus ke kelas tadarus. Itulah cerita sebenarnya,” tambahnya yang kembali aktif berlakon menerusi drama 30 Juzuk Cinta.

Terdahulu, pada 2011, Ezlynn mendirikan rumah tangga dengan Adam Fahmy Shamsuddin, 39 dan disahkan bercerai tujuh bulan lalu setelah tiada lagi persefahaman dalam melayari bahtera perkahwinan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN