Semakan peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia - Utusan Malaysia

Semakan peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 27 Mei – Semakan semula terhadap beberapa peruntukan tertentu di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 akan dilakukan dan cadangan pindaan akan turut dipertimbangkan.

Gobind Singh Deo
Gobind Singh Deo

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, beliau sedia menerima cadangan dari semua pihak berkaitan berhubung perkara tersebut.

Menurutnya, beliau akan menghubungi Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen dan Majlis Peguam untuk perbincangan dalam proses terbabit.

“Saya juga telah meminta laporan berkenaan beberapa insiden daripada kementerian termasuk isu kebocoran maklumat dan data.

“Selain itu, saya juga meminta laporan berkenaan isu serangan telefon bimbit yang berlaku pada hari pilihan raya serta arahan sekatan beberapa portal online pada malam pilihan raya sendiri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN