Seleweng pembahagian tanah, NGO lapor SPRM - Utusan Malaysia

Seleweng pembahagian tanah, NGO lapor SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Pertubuhan Gerak Generasi Kedua Felda Bukit Cherakah (GGF2) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat dakwaan pengagihan tanah lot kediaman yang mempunyai unsur salah guna kuasa dan penyelewengan.

Pengerusi GGF2, Faizal Rahman menamakan empat pihak dalam laporan tersebut iaitu Ketua Cawangan UMNO Bukit Cherakah, Koperasi Felda Bukit Cherakah, Pegawai Daerah Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kuala Selangor serta pembantunya yang menurutnya berkomplot dalam penjualan dan pengagihan tanah tersebut.

Beliau berkata, pada 2015, seramai 281 orang penduduk asal diminta mengisi borang memohon hak milik tanah untuk diserahkan kepada PDT Kuala Selangor bagi urusan pembahagian.

“Kami mulai curiga apabila mendapati hanya sebilangan penduduk yang memperoleh hak tanah daripada 119 penama yang lulus manakala lebih 80 peratus penama ‘digantikan’ dengan kroni hasil ‘permainan’ empat pihak tersebut.

“Lebih mengejutkan, tanah yang asalnya diperuntuk untuk tapak perumahan kini dibangunkan dengan projek kondominium mewah di atas lot seluas 32 ekar yang nyata menyalahi kebenaran yang dikeluarkan kerajaan negeri dan PDT,” katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat SPRM di sini. – Bernama

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN