SAUDARA PENGARANG, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah pun mengumumkan senarai 15 anggota Kabinet pada hari Jumaat lepas (18 Mei). Walaupun ia hanya sebahagian daripada senarai penuh Kabinet yang dijangka mempunyai 25 anggota, apa yang diumumkan itu merupakan kementerian utama yang diperlukan untuk melaksanakan dasar-dasar kerajaan baharu demi memenuhi keperluan dan harapan rakyat. Sudah pasti para menteri tersebut dilantik oleh Perdana Menteri berdasarkan kedudukan mereka di dalam parti selain…










