Selesai segera isu air - Utusan Malaysia

Selesai segera isu air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEAUFORT 21 Mei – Jabatan Air Sabah diminta untuk mengambil tindakan pantas dan segera bagi menyelesaikan isu air khususnya melibatkan kerosakan pada alat pam air di setiap loji rawatan air.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu, Datuk Limus Jury berkata, ia bagi mengelakkan berlaku ketiadaan air dalam tempoh jangka masa panjang sehingga menjejaskan penduduk sekitar.

Tegasnya, perkara itu tidak perlu mengambil masa yang lama kerana prosedur operasi standard (SOP) terutamanya kerja-kerja penyelenggaraan adalah dilakukan secara berkala.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya minta agar semua pihak yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan isu ketiadaan air yang berlarutan sejak seminggu lalu diselesaikan secepat mungkin.

“Alasan yang diberikan khususnya kerosakkan berlaku pada alat pam air adalah tidak munasabah dan tidak perlu mengambil tempoh masa yang lama untuk selesaikan isu ini,” katanya ketika membuat lawatan di Loji Rawatan Air Limbawang di sini hari ini.

Difahamkan, dua alat pum air yang ditempatkan di loji berkenaan rosak lebih seminggu lalu sekali gus telah menjejaskan kira-kira 40,000 penduduk di Kuala Penyu dan Menumbok.

Menurut Limus, perkara tersebut tidak boleh dibiarkan kerana ia menjejaskan dan menyusahkan rakyat khususnya penduduk Islam yang sedang menjalani ibadah puasa.

“Masalah ini perlu diselesaikan dengan kadar segera kerana air merupakan keperluan asas kepada kita semua.

“Saya kesal perkara ini dipandang mudah pihak berkaitan tanpa mengambil tindakan yang drastik,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menyediakan peruntukan sehingga RM20,000 bagi kerja-kerja penyelenggaraan untuk membaiki kerosakan yang berlaku pada loji berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini