Selesa dilabel bukan pilihan - Utusan Malaysia

Selesa dilabel bukan pilihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEHADIRAN skuad badminton negara di pentas Piala Thomas dan Uber 2018 yang dilihat tidak digeruni pasukan-pasukan besar dunia memberi peluang buat Malaysia untuk melakar kejutan.

Ketua Jurulatih Perseorangan negara, Datuk Misbun Sidek tidak berasa terguris dengan senario itu apabila Malaysia yang dibarisi pemain muda tidak lagi anggap ancaman besar untuk memburu kejuaraan berbanding pasukan gergasi dunia seperti China, Indonesia, Jepun serta juara bertahan, Denmark.

Menurutnya, pelaksanaan peraturan serta teknologi baharu bakal menimbulkan senario berbeza kepada permainan apabila tidak lagi bergantung pada kemahiran, tetapi pada tahap kelajuan dan kekuatan pemain.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Peratusan untuk proses transisi dalam arena badminton dunia sangat tinggi ketika ini apabila peraturan permainan turut berubah dengan kehadiran teknologi.

“Permainan kini memerlukan tahap taktikal yang tinggi setelah teknologi dalam permainan memerlukan pemain bermain dengan pantas dan kuat berbanding bergantung pada kemahiran,” katanya.

Malaysia yang kali terakhir merangkul kejuaraan Piala Thomas pada 1992 diundi dalam Kumpulan D bakal membuat perhitungan dengan Rusia pada aksi pertama di Arena Impact, Bangkok, Thailand pada pukul 10 pagi esok, manakala skuad Piala Uber negara pula akan menentang Indonesia pada pukul 3 petang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN