Selebriti tarik minat golongan muda sertai World #QuranHour - Utusan Malaysia

Selebriti tarik minat golongan muda sertai World #QuranHour

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Mei – Bagi menarik minat golongan muda mendekati al-Quran rancangan televisyen swasta Astro Oasis bercadang melibatkan golongan selebriti dalam program World #QuranHour (WQH) yang akan diadakan pada 7 Jun hadapan.

Pengurus saluran Astro Oasis, Ahmad Fuad Mat Ali berkata, buat masa ini pihaknya sedang meneliti calon yang sesuai dan yakin kehadiran selebriti mampu menarik minat golongan muda untuk menyertai program tersebut.

“Selain pelakon popular Datuk Rosyam Nor, WQH kali ini akan menampilkan penyampai radio, Faizal Ismail serta pelakon popular, Norman Hakim.

“Kita sedang mencari selebriti muda yang boleh bersama-sama menjayakan program ini, kalau boleh mereka bukanlah seorang yang membawa imej islamik kerana lebih mudah menarik golongan belia,” katanya ketika sidang media di sini hari ini.

Program tahun ketiga itu dianjurkan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dan akan diadakan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Malaysia (UIAM). – UTUSAN ONLINE –

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN