Selaraskan kelayakan askar Wataniah - Utusan Malaysia

Selaraskan kelayakan askar Wataniah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG, PERANAN Pasukan Simpanan Askar Wataniah di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejak dahulu lagi diiktiraf sebagai pasukan sokongan yang membanggakan dalam menangani konflik atau darurat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Namun pengambilan kemasukan ke dalam pasukan ini berdasarkan kelayakan tertentu yang berbeza.

ATM menetapkan kelayakan berbeza antara pengambilan baharu dari Semenanjung serta Sabah dan Sarawak.

Saya difahamkan bahawa kelayakan menyertai askar Wataniah dari Sabah dan Sarawak tidak diwajibkan ada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sedangkan pemohon dari Semenanjung diwajibkan mempunyai kelayakan minimum itu.

Persoalannya, kenapa dalam satu negara ada dua sistem dan ini adalah tidak adil bagi pemohon dari Semenanjung yang seolah-olah dianaktirikan.

Oleh kerana terdapat sistem yang berbeza, ramai pemohon dari Semenanjung tidak berpeluang menyertai askar Wataniah yang rata-ratanya ramai dalam kalangan anak muda pelbagai bangsa dan keturunan tidak dapat turut serta mempertahankan negara.

Seharusnya dasar ini diubah dan diselaraskan kerana ini tidak adil dan mendiskriminasikan.

Ramai anak muda tidak ada kelulusan SPM disebabkan mengikuti keluarga yang bekerja di luar negara dan bersekolah antarabangsa atau dalam kalangan keturunan Cina dan India dari sekolah vernakular.

Tidak semestinya tidak ada SPM seseorang pemohon itu tidak boleh jadi anggota Wataniah yang baik. Saya pasti kalau dasar ini dibuka ramai anak muda pelbagai keturunan dapat menyertai askar Wataniah.

 

MOHD. SALIM TAHIR

Ampang, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN