Sekolah Sultan Alam Shah juara pertandingan Coral Speaking - Utusan Malaysia

Sekolah Sultan Alam Shah juara pertandingan Coral Speaking

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JUARA. Sekolah Sultan Alam Shah dari Putrajaya muncul juara pertandingan Choral Speaking 2018 peringkat kebangsaan yang berlangsung di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Nerus baru-baru ini.

Kemenangan ini membolehkan pasukan yang diwakili 25 pelajar itu membawa pulang Piala Naib Canselor UMT, wang tunai RM1,500, plak dan sijil.

Dalam persaingan melibatkan sembilan buah sekolah yang menjadi johan di peringkat zon masing-masing, tempat kedua disandang oleh Sekolah Menengah (SM) Sains Tuanku Muhammad Faris Petra, Pengkalan Chepa manakala SM Sains Sultan Iskandar, Mersing pula di tempat ketiga.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam penganjuran kali ini, UMT membangkitkan kesedaran kepentingan menjaga dan memulihara kelestarian laut dan biodiversiti sempena sambutan Hari Lautan Sedunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini