‘Saya putuskan masa depan ketika Piala Dunia’ - Utusan Malaysia

‘Saya putuskan masa depan ketika Piala Dunia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pengurus Arsenal, Arsene Wenger kemungkinan meninggalkan karier sebagai jurulatih mahupun pengurus pasukan, sebaliknya dilaporkan bakal menjadi Pengarah Urusan di Paris Saint-Germain (PSG) memandangkan beliau merupakan kawan rapat kepada Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi.

Al-Khelaifi adalah individu yang sering memujuk Wenger untuk datang ke Paris bertahun-tahun lalu, namun pengurus kelahiran Perancis itu setia sehingga 22 tahun bersama The Gunners.

Pengurus berusia 68 tahun itu juga menegaskan, beliau tidak terlintas lagi untuk bersara bahkan dia banyak menerima tawaran sejak mengumumkan akan keluar daripada Arsenal baru-baru ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kini, Wenger berada dalam dilema sama ada ingin meneruskan karier sebagai pengurus atau jurulatih pasukan selain beralih arah terhadap kerjaya yang berbeza.

“Saya akan memberi ruang kepada diri sendiri sehingga 14 Jun depan iaitu pada hari pertama Piala Dunia bermula untuk membuat apa-apa keputusan.

“Persoalannya adalah apakah saya masih mahu menjadi jurulatih, berada di bangku simpanan atau ini merupakan masa sesuai untuk mencuba angin baharu?

“Satu perkara yang saya sangat pasti ialah saya akan terus bekerja. Saya mahu pertahankan idea-idea dan falsafah bola sepak saya, itu sudah pasti,” kata Wenger.

Ia merupakan kali pertama Wenger meluahkan bahawa dia ragu-ragu untuk kembali sebagai jurulatih sekali gus memberi peluang kepada PSG untuk memancingnya agar menerima tawaran ke Parc des Princes. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN