Saudara baharu, OKU Kem Lok Kawi terima sumbangan Aidilfitri - Utusan Malaysia

Saudara baharu, OKU Kem Lok Kawi terima sumbangan Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Sebanyak 40 orang saudara baharu Islam termasuk orang kurang upaya (OKU) diraikan dalam majlis Berbuka Puasa bersama Warga Angkatan Petugas 450 di Kem Lok Kawi di sini hari ini.

Pada majlis itu kesemua saudara baharu yang juga merupakan anggota di Kem Lok Kawi terbabit turut menerima sumbangan Hari Raya Aidilfitri yang disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.

Pegawai Staf Satu Tadbir Markas Angkatan Petugas 450 Kem Lok Kawi, Leftenan Kolonel Muhd. Sabilnizam Mansor berkata, buat julung kalinya program tahunan dengan kerjasama Yayasan Nurjauhar itu menghimpunkan kumpulan saudara baharu di kem berkenaan.

“Istimewanya program iftar tahun ini adalah disertai sebanyak 20 saudara baharu Islam dalam suasana santai tetapi meriah.

“Kesemua mereka yang pertama kali menyambut Ramadan turut menerima sumbangan ikhlas sempena Hari Raya Aidilfitri,” katanya di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal, Panglima Markas 5 Briged, Brigadier Jeneral, Datuk Mohd. Anuar Rijaludin dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din.

Muhd. Sabilnizam menambah, selain saudara baharu, seramai 20 OKU yang merupakan anak-anak kepada warga Kem Lok Kawi turut menerima sumbangan hari raya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN