KUCHING, 10 Mei – Walaupun keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) menyaksikan jumlah kerusi Parlimen dimenangi Barisan Nasional (BN) Sarawak merosot berbanding PRU lepas, namun ia tetap menampakkan kemenangan buat BN Negeri. Ketua Menteri merangkap Pengerusi BN Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari berkata, jumlah itu menjadikan Sarawak tetap mempunyai ‘suara’ yang kuat di Parlimen. Diitemui semasa hendak beredar meninggalkan Bilik Gerakan BN Negeri di bangunan lama Dewan Undangan Negeri (DUN)…









