NEW YORK 25 Mei – Seorang juri mahkamah persekutuan Amerika Syarikat (AS) semalam memerintahkan syarikat teknologi Samsung membayar Apple sejumlah AS$533 juta (RM2.1bilion) kerana meniru ciri reka bentuk iPhone dalam satu kes paten tujuh tahun lalu.
![]() |
|
|
Mahkamah turut mengenakan tambahan sebanyak AS$5 juta (RM19.9juta) sebagai gantirugi bagi sepasang fungsi paten.
Anugerah itu dilihat menjadi kemenangan buat Apple yang berhujah di mahkamah bahawa rekabentuk berkenaan amat penting kepada iPhone. – AFP











