Sambut Ramadan secara sederhana - Utusan Malaysia

Sambut Ramadan secara sederhana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG 24 Mei – Lebih 200 penduduk Orang Asli beragama Islam di Pos Hendrop di sini menyambut Ramadan secara sederhana.

Pos Hendrop merupakan sebuah perkampungan Orang Asli yang 80 peratus penduduknya mengamalkan cara hidup Islam termasuklah solat dan berpuasa.

Imam Masjid Al-Hidayah Pos Hendrop, Aris Rami berkata, setiap tahun masyarakat itu semakin menunjukkan minat dengan Islam apabila banyak menyertai program anjuran di masjid berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, kesedaran me­ngenai Islam dalam kalangan penduduk Orang Asli semakin meningkat de­ngan bantuan agensi agama Islam di negeri ini.

“Ketika bulan Ramadan, solat tarawih mendapat sambutan dan kita juga menyediakan majlis berbuka puasa setiap hari di masjid ini.

“Pada setiap Jumaat pu­la, kita menetapkan sebagai hari cuti apabila penduduk tidak ma­suk hutan dan bekerja tetapi hanya menumpukan program ibadah sahaja,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Seorang penduduk, Asru Itam, 39, pula berkata, bulan Ramadan mengajar ma­sya­rakat Orang Asli erti kesabaran dengan menahan lapar dan dahaga.

Katanya, setelah memeluk Islam, mereka cuba ber­ubah dan meninggalkan amalan sebelum ini yang agak bebas.

“Kami memeluk Islam sejak tahun 1997 dan ketika ini kami masih lagi mendalami agama Islam. Kebanyakan orang dewasa di kampung ini sudah berpuasa penuh, manakala anak-anak kecil masih lagi belajar berpuasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini