Rugi RM8.25juta ditipu beli syarikat - Utusan Malaysia

Rugi RM8.25juta ditipu beli syarikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Mei – Hasrat seorang lelaki memiliki syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia tidak kesampaian apabila mengalami kerugian RM8.25 juta selepas diperdaya dua suspek dalam urusan membeli tiga buah syarikat antara Julai 2016 hingga April lalu.

Pengadu diperkenalkan oleh rakannya iaitu individu pertama kepada seorang individu yang mengaku sebagai pemegang saham majoriti saham syarikat AAA pada 26 Julai 2016 sebelum ditawarkan mengambil alih syarikat tersebut dengan cara Skim Sewa Beli (RTO).

Menurutnya, pengadu yang yakin dan bersetuju cadangan tersebut diminta membuat dua pembayaran sebanyak RM1 juta dan 1.5 juta kepada lelaki terbabit sebagai sokongan untuk mendapatkan syarikat tersebut, namun tidak dimiliki sehingga kini.

“Dalam masa sama semasa urusan mendapatkan syarikat pertama itu, individu kedua mencadangkan pengadu membeli saham dan mengambil alih syarikat BBB Sdn. Bhd., yang dimiliki individu pertama atas alasan mengukuhkan kedudukan syarikatnya bagi mengambil alih syarikat pertama tadi.

“Pengadu bersetuju dan membuat bayaran kali ketiga RM1.95 juta kepada akaun syarikat BBB itu dan akaun peribadi rakannya yang pertama tadi. Bagaimanapun, pada April lalu pengadu dimaklumkan syarikat tersebut tidak mahu dijual tetapi wang bayaran tidak dikembalikan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN