Royalti: Kaedah pemberian belum diputuskan - Utusan Malaysia

Royalti: Kaedah pemberian belum diputuskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 20 Mei – Kaedah pemberian royalti minyak daripada kerajaan Pusat kepada Terengganu masih belum diputuskan walaupun Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi jaminan tentang penyalurannya.

RAJA KAMARUL BAHRIN
RAJA KAMARUL BAHRIN

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad  berkata, sehubungan itu perbincangan selanjutnya akan diadakan tanpa menyebut sama ada kemungkinan akan disalurkan terus kepada kerajaan negeri atau melalui agensi Pusat.

Dalam soal itu, Raja Kamarul Bahrin juga mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa beliau bersedia memain peranan sebagai ‘jambatan’ atau penghubung antara kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kenyataan Tun Dr. Mahathir yang Terengganu dan Kelantan akan dapat wang royalti disambut baik oleh rakyat jelata dan diri saya sendiri. Perbincangan bersama seterusnya akan menetapkan cara serta formula pembahagian wang royalti tersebut.

“Justeru bagi menghormati bulan Ramadan yang mulia ini, marilah kita kurangkan polemik serta kurangkan pergeseran politik untuk seketika. Lebih baik kita duduk berbincang secara berhemah dan konstruktif untuk kebaikan bersama demi rakyat dan negara,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau akan bersikap proaktif untuk memelihara suasana yang lebih baik supaya rakyat Terengganu tidak ketinggalan dalam perubahan positif yang akan dibawa pentadbiran baharu di Putrajaya.

Tambahnya, rakyat yang sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lagi ditabur dengan janji sudah tentu ingin melihat hasrat itu menjadi realiti dengan kerja-kerja yang konstruktif. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini