Rosmah minta pihak berkuasa tidak bocor maklumat barang peribadi milik keluarga - Utusan Malaysia

Rosmah minta pihak berkuasa tidak bocor maklumat barang peribadi milik keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Datin Seri Rosmah Mansor (gambar) meminta pihak berkuasa yang menjalankan siasatan kes skandal 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) agar tidak membocorkan maklumat mengenai barang peribadi milik keluarga­nya.

Isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu berkata, kebocoran butiran tersebut menyebabkan keluarganya menjadi mangsa sera­ngan media dan orang ramai walaupun mereka belum disabitkan dengan sebarang kesalahan jenayah buat masa ini.

“Meskipun kami berdepan de­ngan dugaan berat, saya dan keluarga akan terus membantu siasatan pihak berkuasa.

“Bagaimanapun, kami ingin menarik perhatian bahawa berlaku kebocoran maklumat di media sosial semasa siasatan masih berlangsung. Ini ter­utamanya butiran mengenai barangan yang didakwa dirampas,” kata Rosmah menerusi kenyataan yang dikeluarkan bagi pihak beliau oleh firma guaman Valen, Oh & Partners semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN