MADRID 28 Mei – Cristiano Ronaldo memberi bayangan bahawa dia bakal meninggalkan Real Madrid selepas terdapat cakap-cakap mengenai masa depannya sebaik sahaja berakhirnya final Liga Juara-Juara.
Sewaktu meraikan kejayaan Real menewaskan Liverpool 3-1, Ronaldo memberitahu kepada peminat;’Jumpa anda tahun depan’
Pemain berusia 33 tahun itu diberi sambutan wira apabila peminat melaungkan namanya dan Ronaldo berkata;’Saya berbangga kerana dapat bermain bersama kelab terbesar di dunia.
“Saya sangat selesa berada di sini. Dengan pemain yang dimiliki sukar untuk kita tidak menjuarainya,” katanya lagi.
Sebelum ini, selepas wisel penamat di Kiev, Ronaldo mengejutkan peminatnya apabila memaklumkan masa depannya bersama Real masih belum pasti.
“Dalam beberapa hari ini akan ada jawapan mengenai masa depan saya. Pengalaman beraksi bersama Real sangat menarik.









